Wikipedia

Search results

Monday, 14 August 2023

Syarah muqadimah Ajrumiyah Oleh Sheikh Fouzi Al Kounati, di Masjid Al Azhar, Mesir

Untuk melihat video asal sila tekan link ini : 


بسم الله الرحمن الرحيم

المقدمة muqadimmah ialah suatu kitab kecil yang menghimpunkan segala masalah-masalah ilmu dalam bidang tersebut . Muqadimah ini telah dinisbahkan kepada Al Ajrum . الآجروم  itu membawa makna kepada seorang yang faqir kepada allah jalla wa azza lagi seorang sufi atau salik menuju RedhaNya dalam Bahasa Barbar. Dan makna yang dikehendaki disini ialah ini adalah suatu muqadimah yang dinisbahkan kepada seorang yang faqir lagi seorang sufi iaitu berkeahlian dalam membicarakan ilmu tasawuf. Soalan : kenapa muqadimmah ini dinisbahkan (dengan isim mansub) kepada seorang sufi? Jawapan : kerana orang yang telah menulis muqadimmah ini adalah seorang ahli tasawuf.  Muqadimah juga boleh ditakrifkan sebagai suatu kitab berbentuk penulisan yang di dalamnya  menghimpunkan masalah-masalah dalam satu bidang ilmu. (Contohnya: muqadimah hadramiyah dalam membicarakan fiqh mazhab syafiee). Soalan : apakah sebab utama suatu bidang ilmu itu diringkaskan menjadi muqadimah atau matan ? Jawapan: ini kerana pada masa sebelum adanya penulisan berbentuk ringkasan atau khulasoh , terdapat para ulama yang meringkaskan penulisan yang diambil daripada kitab induk dalam suatu ilmu tersebut. Maka, setiap kitab-kitab yang telah menjadi rumus kepada kitab sebelumnya atau kitab induk digelar sebagai muqadima iaitu suatu ringkasan suatu ilmu dan rumusan berbentuk masalah-masalah ilmu dalam kitab kecil , bentuk yang mudah, dan memerlukan syarah. Soalan ; siapa pula yang telah mengarang muqadimah ajrumiyah ini? Jawapan : nama beliau ialah Muhammad Bin Muhammad Bin Daud Abu Abdillah As Sonhaji. Bangsa Barbar mempunyai penempatan asal sekitar di Maghribi (Morocco) dan juga wujud di Jazair (Algeria). Di dalam Bangsa Barbar wujud satu qabilah atau puak yang dikenali sebagai  الصنهاجي , huruf Sod boleh dibaca Fathah صَ , atau dibaca dommah صُ atau dibaca kasrah صِ , kaedah ini digelar sebagai التثليث taslis iaitu boleh dibaca mengikut tiga harakat yang berlainan. Ibnu Ajrum merupakan salah seorang tokoh dalam qabilah ini. Qabilah ini telah melahirkan ramai ilmuwan diantaranya seperti imam abu sirin (

No comments:

Post a Comment

Syarah muqadimah Ajrumiyah Oleh Sheikh Fouzi Al Kounati, di Masjid Al Azhar, Mesir

Untuk melihat video asal sila tekan link ini :  https://youtube.com/playlist?list=PL8S7WK9TPug4g9wOuTr-mVxNa3fUshZJt بسم الله الرحمن الرحيم ...